Friday, May 18, 2018

PENGALAMAN HADIRI KURSUS KAHWIN

Sebelum hadiri kursus kahwin saya ada survey bila akan diadakan kursus tersebut. Sekarang zaman canggih lol. Tengok kot facebook pun boleh.Hahhhha ad jadual disitu jadi boleh pilih date yang sesuai.

Bila dah tahu date bila-bila senang la nak plan. Jadi bila dah sedia pergi pejabat agama ambil borang kursus. Biasa paling lewat seminggu sebelum kursus korang perlu hantar borang tu bersama yuran. Yuran ni ikut negeri. Kalau kelantan RM70 saya buat haritu. Lepas buat pembayaran korang akan dapat resit dan juga jadual kursus untuk 2hari.

Selepas seminggu maka tiba lah hari kursus yang pertama. Maka merempit la sorang-sorang ke pejabat agama untuk hadiri kursus pagi tu. Pasangan?? Tak buat sekali. Agak lewat juga sampai masa tu tapi ada yang lagi lewat. Ohh ya. Pakaian perlu sopan tau. Hak laki jangan pakai seluar jeans dan baju mesti berkolar. Nanti tak pasal kena balik tukar. Hahahaaha!

Pukul 8.15am kelas pun bermula. Dengar saja ceramah sampai 5petang. Boleh bayangkan bosan satu hari tu kan. Menda ni la kena hadap selama dua hari. Tapi kalau fokus dapat la ilmu untuk hadapi rumah tangga yang bakal dibina nanti kan.
Makanan disediakan. Minum pagi dan juga makan tengahari. Rehat selama sejam untuk makan dan solat.

Hari kedua pergi kursus dengan semangat dan tak sabar nak habiskan kursus. Pukul 8 ceramah bermula. sedia mendegar sampai kesudah walaupun sampai sakit bontot duk kat kerusi lama-lama. Hahaha. Pukul 4.45 tiba masa yang dinanti-nanti. Iaitu pembahagian sijil. Dan kursus pun tamat.


Ginilah sijilnya. Yeayy!! Dah boleh kawen.
 :-p



No comments:

Post a Comment