Tuesday, August 7, 2018

PENGALAMAN BUAT CERMIN MATA


Pada suatu hari aku tengah rancak duk bersembang dan sampai satu part tu lawak habis. Daku gelak tak ingat dunia dan tetiba "prak" spekku patah. Begitu lah kejadiannya.

Malam keesokannya terus g cari yang baru selepas abis kerja. Yela, asal mata empat nak buat kerja dengan mata dua. Susah oiiii..maka bersyukurlah dengan nikmat melihat yang Allah bagi.

Aku tiggal di kawasan pedalaman jadi nak ke bandar amik masa sejam lebih jugak la. Sampai-sampai dah pukul lapan lebih. Kebanyakan kedai dah tutup. Ada dua kedai cermin mata je buka malam tu.

Bermula lah dilema nak pergi kedai mana. Dua-dua pun ada promosi. Tapi niat hati malam tu nak beli yang elok terus la kan. 


Mak kau hijau.. 
Sungguh Aku pening nak pilih yang mana sesuai dengan muka aku. Dah la time tu pergi sorang diri. Nasib baik salegirls kat kedai tu baik dan peramah orang nya. Lama jugak la aku mengendap bingkai yang berkenan.

Memandangkan sebelum ni aku dah pakai spek jadi aku ikut power lama jela. Cuma perlu tambah sikit aje. Jadi cepatlah urusan aku. Tak sampai 10minit dah siap!!

Sangat puas hati, cepat dan layanan tiptop .highly recommend


Aku buat dekat true view optical tanah merah. Jadi yang berdekatan boleh cuba buat kat kedai ni. Ok bye 😁



No comments:

Post a Comment