Sunday, January 28, 2018

TANDA-TANDA DAN GEJALA JERAWAT


Entry harini masih lagi berkaitan jerawat. Jerawat boleh tersebar di seluruh badan, tetapi tumpuan utamanya adalah di bahagian tertentu, seperti muka, bahagian tengah belakang dan dada. Jika kita perhatikan keadaan jerawat pada kulit muka seseorang, kita dapat mengkategorikannya sebagai teruk, sederhana dan ringan.


1. JERAWATGRED PERTAMA ATAU RINGAN

Jerawat gred pertama dianggap yang paling ringan. Bintil-bintil halus berkepala putih dan hitam kedapatan. Bintil-bintil halus ini dinamai komedon. Komedon merupakan peringkat awal pertumbuhan jerawat dan boleh didapati pada hampir semua remaja semasa hayatnya.

Jerawat boleh bertukar dari satu gred kepada gred yang lain bergantung kepada rawatan yang diberikan sebelum ini. Oleh itu, muda mudi yang berjerawat mesti prihatin akan keadaan ini supaya jerawat dapat dikawal dari peringkat awal lagi bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini seperti parut dimuka.

Komedon atau jerawat berkepala hitam terdapat di bahagian dagu, hidung dan dada. Ia terjadi disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel lapisan epidermis yang melekat antara satu sama lain di bahagian folikel rambut, menyebabkan tertutupnya liang-liang di permukaan kulit.

Warna hitam pada komedon bukan disebabkan kekotoran pada muka, tetapi sebenarnya berpunca daripada pigmeb melanin biasa dari kulit. Begitu juga dengan komedon atau jerawat berkepala putih, proses pembentukannya masih sama tetapi pigmen melanin yang terlibat berkurangan.

Rajah menunjukkan permukaan liang folikel yang ditutupi oleh minyak dan sel-sel yang mati. Keadaan ini menyebabkan terbentuknya komedom, iaitu jerawat yang berkepala putih dan hitam.




2. JERAWAT GRED KEDUA ATAU 

Jerawat ini bercirikan komedon berkepala hitam dan putih serta papul (bintat) bernanah atau tak bernanah. Jerawat gred ini biasanya terlihat di bahagian muka, terutamanya di sekitar dagu, hidung dan kedua-dua pipi, dan kadangkala dibahagian dada. 

Jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh menimbulkan kesan parut yang dinamai keloid. Keloid ialah sejenis parut yang timbul dan jelas nampaknya dari permukaan kulit. Ia terhasil daripada rangsangan sel fibroblas akibat jerawat dipicit dengan begitu ghairah sekali. Bukan kesemua mereka yang berjerawat menunjukkan reaksi begini.


3. JERAWAT GRED KETIGA ATAU TERUK

Jerawat ini bercirikan kedua-dua jenis, iaitu komedon dan papul bernanah dan tak bernanah, tetapi ditambah pula dengan bintat bulat dan keras seperti sista. Sista ini timbul hasil pemecahan papul bernanah pada jerawat yang tidak terjaga dan dikawal.

Keadaan ini menyebabkan kulit muka kelihatan amat teruk sekali sehingga meninggalkan kesan parut yang berkekalan. Hampir keseluruhan muka boleh dipenuhi dengan jerawat.

Selain ciri diatas, liang folikel rambut dan liang peluh di permukaan kulit menjadi besar dan nampak jelas sekali. Keadaan ini disebabkan oleh proses inflamasi papul jerawat, yang disusuli pula dengan pengeluaran minyak berpanjangan.

Justeru itu, kulit muka kelihatan makin berminyak dan wajahnya kelihatan bersinar. Jika kebersihan kulit wajah diabaikan, minyak tadi akan mengeluarkan satu bau yang sunggguh tidak menyenangkan.


SET KECANTIKAN SHAKLEE MAMPU MEMBANTU ANDA DALAM MENANGANI MASALAH JERAWAT.

VITAMIN C


•Tinggi antioksidan untuk melindung kulit daripada pencemaran 
•Merangsang penghasilan kolagen kulit secara semulajadi (kulit jadi lebih lembut, anjal dan kenyal)
•Mencerahkan kulit secara semulajadi
•Mencegah & mengecutkan jerawat
•Menyekat pigmen penyebab utama jeragat!

ESP

•Agen anti-Penuaan
•Menghasilkan sel2 kulit baru yang lebih sihat dan cantik (setiap 28 hari sel kulit kita bertukar baru)
•Menghalang pertumbuhan jerawat
•Memudarkan bekas jerawat hitam & parut
•Memberi keanjalan kepada kulit
•Mencerahkan kulit satu badan 
•Memperbaiki masalah kulit berminyak
•Mempercepatkan penyembuhan luka


VITAMIN E

Menjaga kesegaran & keremajaan kulit
•Melindungi kulit dari sinaran UV, matahari
•Membaiki kulit kering agar sentiasa lembap 
•Memudarkan kesan parut & jeragat
•Mengurangkan kedutan, garus halus, bintik penuaan
•Menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel2


Jika berminat untuk mendapatkan set kecantikan shaklee atau apa-apa supplement shaklee bolehlah hubungi saya seperti detail dibawah:


NURUL SUHADA
SHAKLEE ID: 1230672
WASAP/CALL:  0134669836
EMEL: nsyahya96@yahoo.com.my
IG: nurul2347
COD: sekitar kelantan
(Jeli-tanah merah)










 















Saturday, January 27, 2018

JENIS-JENIS JERAWAT


Dalam entry semalam saya telah kongsikan berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Harini saya ingin berkongsi pula jenis-jenis jerawat. Umumnya kita ketahui bahawa jerawat memang ada banyak jenis dan yang paling popular ialah jerawat batu. Betul tak?

1.JERAWAT AKNE VULGARIS

Jerawat yang biasa berlaku di kalangan remaja dikenali sebagai akne vulgaris. Jerawat jenis ini tidak akan berlarutan, bahkan pada umur tertentu, ia akan berkurangan dan hilang.

Selalunya jerawat ini meninggalkan kesan parut jika keadaanya tidak dirawat dari peringkat awal. Papul bernanah sering muncul dan bilangannya berbeza-beza  daripada tiga atau empat papul setiap bulan sehingga ada kalanya merebak ke seluruh muka.

Namun begitu, kemunculan jerawat tidak serupa antara satu individu dengan individu yang lain. Ada kalanya ia banyak tertumpu di bahagian dagu, hidung atau pipi, dan ada kalanya ia banyak terdapat di bahagian belakang dengan kedua-dua letusan komedon dan papul.

Namun begitu, ada di kalangan mereka yang berjerawat jenis ini mengadu kulitnya berminyak dan sukar hendak dikawal walaupun beberapa jenis cucian muka berjenama telah digunakan.

2. JERAWAT EKSKORIASI ATAU JERAWAT JENIS MENGELUPAS

Jerawat jenis ini sering berlaku di kalangan remaja yang gemar memicit, mencungkil dan mengusik papul atau apa sahaja letusan jerawat dengan menggunakan kuku tangan, alat pencabut jerawat (comedone extractor) atau apa sahaja bertujuan untuk menghilangkan jerawat secara secara fizikal.

Kebiasaanya remaja yang menghadapi tekanan emosi atau fikirannya terganggu luar dari batas kawalan, umpamanya mereka yang  menghadapi masalah pekerjaan atau keluarga, ataupun mereka yang gagal dalam peperiksaan akan terus  mencurahkan perasaan nalurinya dengan mencederakan bintil jerawat di mukanya.

3. JERAWAT KELOID

Jerawat jenis ini sering berlaku dalam kalangan masyarakat berkulit hitam  berketurunan Afrika. Namun begitu, ada sebahagian masyarakat kita tidak terlepas daripada pertumbuhan jerawat keloid.

Keloid ialah pertumbuhan sel-sel fibroblas yang menyebabkan terhasilnya parut. Jerawat ini selalunya terdapat di bahagian belakang leher, di kepala dan juga di bahagian janggut(dagu). 

Pertumbuhan jerawat keloid ini ada kaitannya dengan keturunan. Sekiranya ada di kalangan ahli keluarganya yang mengalami masalah ini, kemungkinan besar ahli keluarga yang lain turut boleh mengalami masalah yang sama. Rawatan jerawat jenis ini amat sukar, berpanjangan dan memakan masa yang lama.


4. JERAWAT SISTA (JERAWAT BATU)

Jerawat sistavbermula daripada jerawat biasa. Ia disebabkan oleh tabiat gemar memicit papul jerawat. Papul mungkin akan hilang buat sementara waktu, akan tetapi folikel rambut dan kelenjar sebum menjadi bengkak serta berinflamasi, lalu mengakibatkan pengaliran sebum ke permukaan kulit terjejas dan terperangkap dalam  salurannya.

Kemudian kelenjar ini pecah lalu membentuk sista. Sista ini selalunya disertai dengan bengkak dan terasa sakit apabila disentuh. Sista ini wujud berpanjangan untuk beberapa minggu  jika rawatan sesuai tidak diberikan. Jerawat sista berkemungkinan besar meninggalkan parut yang dalam. Justeru itu, ia berkehendakkan rawatan yang agresif seberapa segera.

5. JERAWAT TROPIKA

Jerawat jenis inlah paling kerap dialami oleh mereka yang berjerawat. Jerawat ini dicirikan oleh sista yang agak teruk. Keadaan ini berpunca daripada keadaan persekitaran yang panas dan berkelembapan tinggi.

Ini akan menyebabkan seseorang mudah berpeluh dan suhu badannya meningkat. Jerawat tropika didapati di kalangan orang-orang Eropah yang terdedah kepada iklim negara tropika. Keadaan jerawat tidak akan berubah selagi mereka berada di negara panas seperti di Malaysia, india dan sebagainya.


SET KECANTIKAN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU DALAM MENGATASI MASALAH JERAWAT



ENERGYZING SOY PROTEIN (ESP)

❤ ESP Shaklee Membantu menyembuhkan gastrik.
❤ ESP Shaklee Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
❤ ESP Shaklee Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
❤ ESP Shaklee Memudarkan parut
❤ ESP Shaklee  Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
❤ ESP Shaklee mencantikan kulit dan rambut


VITAMIN C

❤ Mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu dan berseri.
❤ Mengekalkan kelembapan kulit , menghilankan bintik-bintik hitam, mrmudarkan jeragat dan lingkaran hitam bawah mata.
❤ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikian tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapat gusi dan gigi yang sihat
❤ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.
❤ Melindungi daripada jangkitan dan selsema serta meningkatkan imuniti.
❤ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan darah tinggi.
❤ Melindungi daripada pembekuan darah


Berminat untuk dapatkan suplemen shaklee boleh hubungi saya seperti detail di bawah:

NURUL SUHADA
SHAKLEE ID: 1230672
WASAP/CALL: 0134669836
EMEL: nsyahya96@yahoo.com.my
IG: nurul2347
COD AREA: SEKITAR KELANTAN
(TANAH MERAH-JELI)







Friday, January 26, 2018

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERTUMBUHAN JERAWAT


Banyak sebenarnya faktor yang dapat dikaitkan dengan pertumbuhan jerawat. Antaranya ialah faktor genetik, hormon, ubat-ubatan, bahan kimia, faktor pemakanan dan persekitaran.

1. GENETIK

Beberapa penyelidikan telah dijalankan dan didapati bahawa faktor genetik menjadi faktor penentu sama ada seseorang itu mudah atau tidak ditumbuhi jerawat.

Tinjauan di jerman menunjukkan 45% daripada penuntut sekolah yang berjerawat mempunyai satu atau kedua-dua ibu bapanya turut mengalami masalah kulit berjerawat semasa muda dahulu.

Dalam konteks kita di malaysia, peratusnya lebih tinggi lagi daripada apa yang dialami oleh penduduk Eropah. Ini kemungkinan besar ada kaitannya dengan amalan perkahwinan sesama mereka yang mempunyai talian persaudaraan.

Justeru itu, kita dapati bahawa dalam keluarga berjerawat yang berpanjangan, umpamanya jika kita mempunyai kakak atau abang yang mengalami masalah jerawat yang serius dan berlarutan, 

maka sudah tentu kita akan menerima nasib yang sama seandainya kita tidak prihatin dalam mengubatinya.

2. PEMAKANAN

Banyak muda-mudi kita masih tertanya-tanya kesan pemakanan terhadap keadaan jerawat. Misalnya apakah coklat, makanan berlemak, kacang dan sebagainya boleh memburukkan keadaan jerawat?

Banyak penyelidikan  telah dibuat dalam aspek ini, kebanyakannya di negara Barat. Pada dasarnya kajian tersebut menunjukkan bahawa makanan tidak ada kaitan langsung dengan pertumbuhan jerawat.

Tahap pengeluaran sebum yang menyebabkan kulit berminyak tidak dipengaruhi oleh lemak, sama ada lemak itu daripada coklat, makanan goreng seperti Kentucky Fried Chicken atau makanan berlemak yang lain.

Sebum seperti yang kita ketahui dikeluarkan oleh kulit kita dan ia jauh berbeza dengan ramuan lemak yang kita makan. Ekoran  itu, tidak mungkin lemak yang kita makan mengalir keluar menerusi  liang-liang folikel rambut dan menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Namun begitu, ada juga antara muda-mudi  kita yang mudah alah terhadap makanan laut sehingga menyebabkan keadaan jerawat mereka bertambah teruk dan adakalanya terus bengkak.

Makanan laut mengandungi bahan halogen seperti iodin dan bromin yang diakui boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat.


3. HORMON

Apabila kita membesar dan menempuhi alam remaja, ada beberapa pertukaran dalamanyang menyebabkan timbulnya jerawat. Ini disebabkan oleh sejenis hormon androgen. Hormon androgen lelaki ialah hormon yang memainkan peranan penting dalam pembentukan jerawat.

Hormon ini, walaupun dinamai hormon lelaki, tapi memang wujud dalam tubuh lelaki dan perempuan. Ia dikeluarkan dengan banyak selepas akil baligh, Pada lelaki terutamanya dari buah zakar dan pada perempuan pula dari kelenjar adrenal yang terletak di atas kedua-dua buah  pinggang.

Ini menunjukkan bahawa tahap hormon androgen yang tinggi daripada normal merupakan salah satu faktor yang mencetuskan jerawat. Namun begitu, tidak semua kes jerawat menepati syarat ini, bahkan ada sesetengah golongan remaja yang aras hormonnya normal masih mempunyai masalah jerawat.

Ini disebabkan oleh kepekatan hormon androgen bertindak terhadap kelenjar sebum dan ini ada kaitan dengan faktor genetik atau keturunan.

4. BAHAN KIMIA

Kebanyakan bahan kimia yang menyebabkan pertumbuahan jerawat berpunca daripada kilang-kilang dan industri yang berhubung dengan pengeluaransisa toksik hidrokarbon.

Bahan ini terdapat dalam racun, seperti racun serangga dan pokok, ataupun bahan pengawet kayu. Dalam komponen eletrik seperti konduktor dan penebat, terdapat juga bahan ini.

Pendedahan kepada bahan kimia ini boleh mengakibatkan  pertumbuhan jerawat yang dinamai klorakne. Bintil-bintil jerawat jenis ini berkepala hitam dan terdapat dimana-mana bahagian badan yang terdedah kepada bahan ini.

Pencemaran alam sekitar yang menjadi masalah utama alam sejagat boleh mencemarkan makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang kita makan dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebabkan pertumbuhan jerawat di seluruh badan sehingga menjangkau usia yang lazimnya tidak ditumbuhi jerawat.


SET KECANTIKAN SHAKLEE BOLEH MEMBANTU DALAM MENANGANI MASALAH JERAWAT.


1) VITAMIN C 

- Mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu dan berseri.

- Mengekalkan kelembapan kulit , menghilankan bintik-bintik hitam, mrmudarkan jeragat dan lingkaran hitam bawah mata.

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikian tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapat gusi dan gigi yang sihat

- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.

- Melindungi daripada jangkitan dan selsema serta meningkatkan imuniti.

- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan darah tinggi.

- Melindungi daripada pembekuan darah


2) ENERGYZING SOY PROTEIN (ESP)

- mempunyai unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang

- membekalkan tenaga berterusan untuk beberapa jam

- memberi rasa kenyang untuk individu yang mengurangkan berat badan

- membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan muka/awet muda

- merangsang regenerasi kulit dan otot,mengurangkan kedutan

- membantu menghilangkan parut jerawat di muka

- memberi tona kulit yang sekata

- rendah lemak, tanpa kolestrol

- membantu mengurangkan risiko kanser

- bertindak sebagai anti-oksidan

- menguatkan sistem imun badan

- milkbooster yang sangat baik

- memelihara kesihatan jantung

- membantu pembentukan sel-sel baru


Jika berminat untuk mendapatkan suplemen shaklee boleh hubungi saya seperti detail dibawah:

NURUL SUHADA
SHAKLEE ID: 1230672
WASAP/CALL: 0134669836
FACEBOOK: https://www.facebook.com/aredaa.sue
IG: nurul2347
COD AREA: SEKITAR KELANTAN, 
(TANAH MERAH - JELI)







Sunday, January 7, 2018

Tips Bisness

Dalam bisness, kita perlu sentiasa fokus dan konsisten dalam segala perkara yang kita ingin dan lakukan.

Untuk fokus dan konsisten, apa yang perlu dilakukan adalah 💕

❤ mempunyai matlamat yang jelas dalam bisness
❤ utamakan perkara yang penting dahulu
❤ bina pasukan yang mempunyai matlamat yang sama
❤ guna masa yang ada sebaik-baiknya
❤ banyakkan membaca buku-buku bisness dan motivasi

Memang bukan mudah nak buat semua ni. Ia memerlukan disiplin yang tinggi. Jika kita mampu melakukan/mempraktikkannya, saya yakin kita semua pasti boleh berjaya dalam setiap perkara yang kita lakukan. 😉👍