Wednesday, November 16, 2016

KANSER MULUT

"pencegahan dan pengesanan awal anda dapat merubahnya"


kanser mulut terjadi pada bibir dan mulut dan juga orofarinks iaitu sebahagian dari tekak yang berada di belakang mulut. seramai 263,900 orang di seluruh dunia mendapat kanser mulut pada tahun 2008. daripada jumlah ini, separuh (128,000 orang) dari pesakit ini mati akibat kanser mulut.

Di Malaysia,kanser mulut merupakan kanser yang ke-21 kerap terjadi, dimana ke-16 pada wanita dan ke-17 pada lelaki. pada tahun 2007, jumlah kes yang dilaporkan adalah seramai 353 orang. ini bersamaan dengan 2 dari 100,000 penduduk malaysia mendapat kanser mulut (ASR 1.8). Kanser mulut lebih kerap terjadi di kalangan kaum india dan bumiputera di sabah dan sarawak.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas 156 pesakit barah mulut pada tahun 2010, faktor risiko yang telah dikenal pasti ialah mengunyah sirih (59.8%), merokoko (36,10%) dan pengambilan alkohol (35.2%). Akibat dari kanser mulut, hampir dua pertiga (63.4%) dari pesakit ini mengalami kesukaran mengunyah dan hanya boleh mengunyah makanan lembut.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO

1)
pengambilan minuman keras/ alkohol



Risiko meningkat dengan pengambilan alkohol secara berlebihan dan dalam jangka masa yang lama. Seseorang dikatakan mengambil minuman keras berlebihan jika melebihi 14-21 gelas dalam 1 minggu. Seseorang yang mngambil minuman keras berlebihan dan pada masa yang sama ada menggunakan tembakau, adalah 30 kali lebih berisiko mendapat kenser mulut berbanding orang yang tidak mengambil sebarang minuman keras dan tembakau.

2) Diet dan pemakanan yang tidak sihat
pengambilan diet seharian yg rendah buah-buahan dan sayur-sayuran dan ditambah dengan faktor risiko lain boleh menjadikan seseorang mendapat kanser mulut.

3) pendedahan berlebihan kepada sinaran matahari
pendedahan berlebihan juga boleh menyebabkan kanser terutamanya pada bahagian bibir.

4) jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV)
terdapat beberapa jenis kuman dari kumpulan ini iaitu HPV-16 dan HPV-18 yang boleh menyebabkan kanser mulut.

faktor-faktor lain

· amalan tradisional memakan sirih bersama pinang tembakau dan sebagainya.

· mengunyah tembakau atau mengamalkan songel tembakau.

· menghisap rokok, shisha, cerut, bidi, rokok daun, paip dan sebagainya.


RAWATAN

»
Biopsi
» Pembedahan
» Radiasi
» Kemoterapi
» kombinasi Rawatan (pembedahan, Radiasi, Kemoterapi?

PENCEGAHAN

Elakkan tabiat-tabiat berikut :

a) penggunaan semua jenis produk tembakau seperti merokok, cerut,shisha, songel.

b) mengunyah atau menyentil sirih pinang yg mngandungi tembakau, kapur, gambir, rempah² lain.

c) pengambilan alkohol berlebihan

d) elakkan pendedahan berlebihan pada sinaran matahari.


dapatkan pemeriksaan pergigian bagi mengesan awal penyakit kanser. pemeriksaan pergigian penting untuk mengetahui sebarang masalah pergigian dan memastikan kesihatan pergigian anda sentiasa dalam keadaan baik. Oleh itu, jangan bertangguh lagi. Kunjungilah klinik pergigian berdaftar berhampiran untuk  mendapatkan pemeriksaan pergigian dan maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment