Saturday, January 27, 2018

JENIS-JENIS JERAWAT


Dalam entry semalam saya telah kongsikan berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Harini saya ingin berkongsi pula jenis-jenis jerawat. Umumnya kita ketahui bahawa jerawat memang ada banyak jenis dan yang paling popular ialah jerawat batu. Betul tak?

1.JERAWAT AKNE VULGARIS

Jerawat yang biasa berlaku di kalangan remaja dikenali sebagai akne vulgaris. Jerawat jenis ini tidak akan berlarutan, bahkan pada umur tertentu, ia akan berkurangan dan hilang.

Selalunya jerawat ini meninggalkan kesan parut jika keadaanya tidak dirawat dari peringkat awal. Papul bernanah sering muncul dan bilangannya berbeza-beza  daripada tiga atau empat papul setiap bulan sehingga ada kalanya merebak ke seluruh muka.

Namun begitu, kemunculan jerawat tidak serupa antara satu individu dengan individu yang lain. Ada kalanya ia banyak tertumpu di bahagian dagu, hidung atau pipi, dan ada kalanya ia banyak terdapat di bahagian belakang dengan kedua-dua letusan komedon dan papul.

Namun begitu, ada di kalangan mereka yang berjerawat jenis ini mengadu kulitnya berminyak dan sukar hendak dikawal walaupun beberapa jenis cucian muka berjenama telah digunakan.

2. JERAWAT EKSKORIASI ATAU JERAWAT JENIS MENGELUPAS

Jerawat jenis ini sering berlaku di kalangan remaja yang gemar memicit, mencungkil dan mengusik papul atau apa sahaja letusan jerawat dengan menggunakan kuku tangan, alat pencabut jerawat (comedone extractor) atau apa sahaja bertujuan untuk menghilangkan jerawat secara secara fizikal.

Kebiasaanya remaja yang menghadapi tekanan emosi atau fikirannya terganggu luar dari batas kawalan, umpamanya mereka yang  menghadapi masalah pekerjaan atau keluarga, ataupun mereka yang gagal dalam peperiksaan akan terus  mencurahkan perasaan nalurinya dengan mencederakan bintil jerawat di mukanya.

3. JERAWAT KELOID

Jerawat jenis ini sering berlaku dalam kalangan masyarakat berkulit hitam  berketurunan Afrika. Namun begitu, ada sebahagian masyarakat kita tidak terlepas daripada pertumbuhan jerawat keloid.

Keloid ialah pertumbuhan sel-sel fibroblas yang menyebabkan terhasilnya parut. Jerawat ini selalunya terdapat di bahagian belakang leher, di kepala dan juga di bahagian janggut(dagu). 

Pertumbuhan jerawat keloid ini ada kaitannya dengan keturunan. Sekiranya ada di kalangan ahli keluarganya yang mengalami masalah ini, kemungkinan besar ahli keluarga yang lain turut boleh mengalami masalah yang sama. Rawatan jerawat jenis ini amat sukar, berpanjangan dan memakan masa yang lama.


4. JERAWAT SISTA (JERAWAT BATU)

Jerawat sistavbermula daripada jerawat biasa. Ia disebabkan oleh tabiat gemar memicit papul jerawat. Papul mungkin akan hilang buat sementara waktu, akan tetapi folikel rambut dan kelenjar sebum menjadi bengkak serta berinflamasi, lalu mengakibatkan pengaliran sebum ke permukaan kulit terjejas dan terperangkap dalam  salurannya.

Kemudian kelenjar ini pecah lalu membentuk sista. Sista ini selalunya disertai dengan bengkak dan terasa sakit apabila disentuh. Sista ini wujud berpanjangan untuk beberapa minggu  jika rawatan sesuai tidak diberikan. Jerawat sista berkemungkinan besar meninggalkan parut yang dalam. Justeru itu, ia berkehendakkan rawatan yang agresif seberapa segera.

5. JERAWAT TROPIKA

Jerawat jenis inlah paling kerap dialami oleh mereka yang berjerawat. Jerawat ini dicirikan oleh sista yang agak teruk. Keadaan ini berpunca daripada keadaan persekitaran yang panas dan berkelembapan tinggi.

Ini akan menyebabkan seseorang mudah berpeluh dan suhu badannya meningkat. Jerawat tropika didapati di kalangan orang-orang Eropah yang terdedah kepada iklim negara tropika. Keadaan jerawat tidak akan berubah selagi mereka berada di negara panas seperti di Malaysia, india dan sebagainya.


SET KECANTIKAN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU DALAM MENGATASI MASALAH JERAWAT



ENERGYZING SOY PROTEIN (ESP)

❤ ESP Shaklee Membantu menyembuhkan gastrik.
❤ ESP Shaklee Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
❤ ESP Shaklee Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
❤ ESP Shaklee Memudarkan parut
❤ ESP Shaklee  Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
❤ ESP Shaklee mencantikan kulit dan rambut


VITAMIN C

❤ Mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu dan berseri.
❤ Mengekalkan kelembapan kulit , menghilankan bintik-bintik hitam, mrmudarkan jeragat dan lingkaran hitam bawah mata.
❤ Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikian tisu, fungsi kelenjar adrenal dan juga mendapat gusi dan gigi yang sihat
❤ Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran.
❤ Melindungi daripada jangkitan dan selsema serta meningkatkan imuniti.
❤ Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dan tekanan darah tinggi.
❤ Melindungi daripada pembekuan darah


Berminat untuk dapatkan suplemen shaklee boleh hubungi saya seperti detail di bawah:

NURUL SUHADA
SHAKLEE ID: 1230672
WASAP/CALL: 0134669836
EMEL: nsyahya96@yahoo.com.my
IG: nurul2347
COD AREA: SEKITAR KELANTAN
(TANAH MERAH-JELI)







1 comment: