Sunday, September 20, 2020

MENUJU IMPIAN ATAU CIPTA IMPIAN

 Apa impian kamu orang?

Zaman kecil kita dahulu,selalu rasa ingin dewasa cepat. “Lambatnya nak besar” kita rasakan masa depan itu seronok dan sangat istimewa. Zaman kecil pun kita tiada impian yang besar. Yang tahu cuma esok nak main apa

Banyak motivator terkenal bercerita tentang impian, cita cita dan matlamat hidup. Maka kita diajar untuk memiliki impian. Semakin kita dewasa dan besar baru kita ketahui bahawa impian bukan untuk dituju tetapi diciptakan oleh kita sendiri.


Dulu kita ada impian untuk lihat kereta terbang pada tahun 2020, kini dah masuk tahun 2020 ianya belum pernah kita lihat. Impian seharusnya diciptakan oleh kita bukan sekadar menjadi tujuan sampai atau ingin dicapai. Impian kita, kita yang ciptakan dalam fikiran disertai tindakan dan doa dari kita.

Kata Khalik Gibran tentang impian, kelmarin hanyalah kenangan hari ini. Besok adalah impian hari ini. Beranilah menjalani kehidupan yang anda impikan untuk diri anda sendiri. Bergerak maju dan buatlah impian anda menjadi nyata

Bukan masalah gagal. Tidak pula rugi jika impian belum menjadi kenyataan. Asalkan kita tidak berhenti dan terus berjalan, berjuang dan tetap berusaha. Maka, kejayaan menanti


Sebenarnya setiap orang itu memiliki potensi dan impiannya tersendiri. Hanya yang menjadi halangan adalah impian-impiannya itu tidak pernah dicuba untuk merealisasikan. Impian itu seperti sayap. Dia membawamu pergi ke berbagai tempat. Ada ibubapa yang sedar akan impian anaknya. Dia tahu, kalau dia mencegah mimpimu umpama dia memotong sayap seekor burung. Maka hilanglah impian itu

Walaupun orang lain beranggapan impian kita adalah sampah atau remeh sahaja, kita haris tetap membina impian dengan bekerja keras dan berdoa sepanjang masa

Jangan bernegosiasi dengan impian kita. Bernegosiasilah dengan apa yang harus kita lakukan bagi mencapainya. Apapun yang kita impikan, realisasikan.


No comments:

Post a Comment