Friday, March 2, 2018

APA ITU DARAH TINGGI


Tekanan darah ialah aliran darah kali tahanan yang dikenakan oleh pembuluh darah. Dalam keadaan normal, tekanan ini dipertahankan pada 120/80 mmHg, tekanan dikatakan tinggi apabila menyamai atau melebihi 140 mmHg untuk tekanan darah sistolik dan 90 mmHg untuk tekanan darah diastolik, seperti yang anda ketahui sistem aliran darah manusia adalah satu sistem yang tertutup. Ia semacam sistem hidrulik yang tertutup.

Penyakit tekanan darah bukanlah tergolong sebagai penyakit dengan sebab tunggal. Ia disebut penyakit multifactorial kerana pelbagai faktor boleh mempengaruhi tekanan darah.


Faktor pertama ialah faktor neurogenik. Faktor ini lebih berperanan pada jenis tekanan darah yang berkaitan dengan keturunan. Perlu diingat, sampai kini daripada genetik masih belum dapat memastikan bahagian mana daripada gen yang bertanggungjawab dalam menurunkan sifat penyakit tekanan darah tinggi. Ini berlainan dengan penyakit genetik seperti harmofilia, umpamanya.

Faktor kedua yang mempengaruhi tekanan darah ialah faktor hormon. Dua hormon utama yang meninggikan tekanan darah adalah hormon adrenalin dan noradrenalin. Hormon-hormon ini menyebabkan konstriksi salurnadi sehingga tahanan bertambah dan akibatnya tekanan darah meningkat.

Adrenalin dan noradrenalin dikeluarkan oleh kelenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Dalam keadaan normal, jumlah yang dikeluarkan seimbang dengan hormon-hormon yang menurunkan tekanan darah. Sekiranya kadar pengeluaran adrenalin dan noradrenalin berlebihan, maka tekanan darah akan menjadi tinggi. Ini dapat dilihat pada sejenis tumor yang melibatkan kelenjar adrenal. Tumor itu dikenali sebagai phaeochromocytoma.


Biasanya ia dapat di sembuhkan dengan melakukan pembedahan terhadap tumor tersebut. Salah satu hormon yang boleh menyebabkan tekanan darah meninggi ialah hormon tiroksin. Ini boleh terjadi pada penyakit gondok yang mengeluarkan jumlah hormon tiroksin yang berlebihan yang dikenali sebagai toksin goiter atau tirotoksikosis.

Keadaan ini mungkin pernah anda temui, orang yang mempunyai pembengkakan di kelenjar tiroid dengan mata yang terbeliak, tangan yang menggeletar, cepat meradang dan apabila diukur tekanan darahnya menunjukkan ada peningkatan. Tekanan darah juga dipengaruhi oleh hormon kortikosteroid yang berlebihan seperti dalam penyakit sindrom cushing, kanser korteks kelenjar adrenal dan kanser pituitari bahagian hadapan.





No comments:

Post a Comment